Friday 5 August 2011

Berendoi

Berendoi berasal daripada kata "endoi", iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak.

Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.

Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an, dan kini juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah "endoi" atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.

Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.

Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.

Source from.Wikipedia.org


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 4 August 2011

Gift Basket and Hamper for all occasions!

Our Collective selections of Gift basket and hampers for all occasions all year round!

Ramadhan Kareem to all!






RM30
3 jenis homemade cookies (mengikut citarasa/ almond london, suji, tart nenas, mama carries etc)
3 jar glass container filled with nuts

RM50
4 jenis homemade cookies (mengikut citarasa/ almond london, suji, tart nenas, mama carries etc)
4jar glass container filled with nuts

RM100
5 jenis homemade cookies (mengikut citarasa/ almond london, suji, tart nenas, mama carries etc)
5jar glass container filled with nuts

RM150
6 jenis kuih (mengikut citarasa/ almond london, suji, tart nenas, mama carries etc)
6 jar glass container filled with nuts

Pilihan biskut:
Almond bar, crunchie cornflakes, almond london, suji, tart nenas, mama carries, chocolate chips, snowies.


We deliver your basket and gift FREE***
Klang Valley only**